KUALA LUMPUR: Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.
Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Datuk Austin Dimin berkata ia kerana sambutan berkenaan antara lain dapat memastikan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara dipelihara selain membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan belia.
"Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tidak kurang juga ada dalam kalangan rakyat yang akan mengimbau kembali bibit perjuangan dan pengorbanan dilalui oleh ahli keluarga atau mungkin nenek moyang dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan kesejahteraan negara seperti yang dikecapi hari ini.
"Mungkin bagi generasi baharu, perjuangan dan pengorbanan itu hanya didengar dan difahami daripada kisah yang diceritakan oleh ibu bapa atau datuk nenek selain menerusi buku teks sekolah, gambar, video, lokasi sejarah, serta mungkin artifak yang dapat diakses daripada pelbagai medium," katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara Bernama Radio sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata aktiviti promosi dan hebahan Hari Malaysia perlu diteruskan dan dipupuk supaya generasi akan datang terus memahami susur galur sejarah negara yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam usaha membina negara.
Katanya walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran namun perhubungan silang budaya adalah baik, sekali gus beliau menyeru agar ikatan perpaduan antara kaum dalam negara yang telah wujud sejak sekian lama dipupuk setiap masa.
"Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita, marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara. Semua ini dapat dicapai kerana kita masing-masing percaya, walau kita berbeza, tetap teguh bersama.
"Melalui kemeriahan kibaran Jalur Gemilang, ia pastinya akan menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Malaysia dan secara langsung terus mengetengahkan elemen-elemen perpaduan, keharmonian dan cintakan negara," katanya.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, pada 16 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. - Gambar hiasan/BERNAMA
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.